Unknown
Secebis Ingatan Buat Adam


Adam...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.

Wahai Adamku...
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.

Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu tatkala aku sentiasa mahu terpesong dari landasan... kerana aku buruan syaitan.

Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.

Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.

Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.

Tetapi... aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu.

Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.

Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.

Kau diberi amanah untuk mendidik aku.

Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini.

Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku.

Dimana perginya keadilanmu?

Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut... tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam..
Mengapa kau biarkan aku begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?

Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku.

Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.

Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu.

Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan.

Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.

Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.

Maafkan aku sekali lagi Adam...

Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.

Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.

Waspadalah Adam...
Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... andai langkah seiringmu... andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.

Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi...

Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang kucari... bukan berlian yang kupinta... tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu...

Adam...
Dengarlah...keluhan hatiku buat dirimu..

coretan langsung dari mohd najib bin shahabudin, fb
Unknown
Perigi Mnecari Timba


"Sekarang lepas habis degree, nak buat apa pula? Nak kerja atau sambung lagi buat master?," saya bertanya.

Pada malam itu, alhamdulillah, diizinkan oleh Allah s.w.t. sempat bertukar khabar, bertanya berita kepada seorang kenalan yang berstatus kakak, yang saya kenal hampir 15 tahun silam. Beliau juga antara insan yang saya amat kagumi dan hormati. Akhlaknya baik dan dalam bidang akademik, mendapat anugerah dekan itu biasa. Mantap pokoknya.

"Akak rasa nak jadi pensyarah. Kebetulan habis degree, pihak universiti tawar sambung master. InsyaAllah kakak rasa nak sambung master," jawab beliau. Dengan keputusan yang cemerlang, bukan satu hal yang sukar untuk mendapat tawaran ini. Walaupun dengan usia yang muda, seawal 25 tahun.

"Ngomong-ngomong, sekarang sudah masuk umur 25. Sudah ada calon belum kak?" saya cuba mencuit dengan nada bercanda.

"Erm, itu yang akak nak cerita dan minta pendapat Ami ni."

"Owh... beres. Ceritalah... kalau boleh saya bagi pandangan, ya saya bagi. Jika tak boleh, sekurang-kurangnya menjadi pendengar yang baik," jelas saya.

"Ada seorang yang suka pada akak, tapi akak tak berapa berminat kerana akhlaknya tak bagus. Jadi akak tolaklah."

"Bagus, seharusnya macam itulah," komentar saya. Menambah rancak perbualan.

"Itu tak apa lagi. Akak tak kisah pun. Cuma sekarang, bimbang juga, dengan umur sudah masuk 25, tambah pula nak sambung master. Tak ramai lelaki yang berani," jelas beliau.

Sudah menjadi polemik dalam kalangan masyarakat apabila kita bercerita tentang dua kutub insan ini, faktor akademik dan taraf hidup menjadi permasalahan.

Wanita ramai di pusat pengajian awam, lelaki ramai di pusat serenti. Wanita ramai mencari ijazah, lelaki ramai berusaha menjadi jenazah di jalan raya yang "lurus". Itu baru dibuka cerita hal kelayakan duniawi, belum bersembang bab kelayakan akhirat. Susut, paras kritikal.

Lantas kebimbangan yang dikongsi itu, sebenarnya wajar dan tidak dapat tidak, kita harus mengakuinya. Ralit masyarakat kita, umur 25 tahun, adalah umur yang paling "cun" untuk melangkah ke alam sana. Menghampiri ke umur itu, cukup mendebarkan buat si gadis. Saya mengerti.

"Jadi sampai sekarang, tak ada lagi lah lelaki yang masuk merisik khabar?" Tanya saya.

"Erm, belum ada. Cuma macam ni, akak ada berkenan dengan seorang lelaki ini. Baik perangai dan insyaAllah soleh. Cuma itu di peringkat akak, jika dia, akak belum tahulah bagaimana."

"Jadi nak minta pandangan Ami, macam mana nak buat?" tanya beliau.

Mainstream Masyarakat

Selalunya, setiap hubungan itu dimulai oleh si jejaka. Mendekati si gadis, merisik si gadis, sehingga meminang si gadis. Caranya pelbagai. Bagi lelaki yang faham apa itu Islam, apa itu hukum syarak, si jejaka akan menguruskan dengan panduan tersebut. Tapi tidak kurang juga, lelaki mengambil panduan bukan dari Al-Quran dan sunnah.

Apabila lampu hijau diberikan oleh si gadis, biasanya selepas itu akan menyusullah ijab dan kabul. Lelaki meminang wanita, itu biasa dan lumrah bagi masyarakat.

"Apa kata, akak yang mulakan dulu. Maksud saya akak yang merisik lelaki tu?" Cadangan "ganjil" saya.

"Ish Ami... seganlah. Tak buat dek orang," pintas beliau.

Ya... perempuan meminang lelaki itu aneh bagi masyarakat kita. Tetapi jika kita menyemak kembali helaian sejarah gemilang, yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat, hubungan membina keluarga Muslim lagi mukmin itu bukan dengan cara satu hala.

Ada sirah mentafsirkan hubungan itu dimulai oleh jejaka meminang wanita. Dalam pada masa yang sama, ada sirah mencatatkan hubungan itu dimulai oleh wanita itu sendiri.

Lupakah kita dengan kisah cinta Murabbi Cinta kita, Rasulullah s.a.w. dengan wanita syurga, Siti Khadijah. Dalam kisah cinta, cinta terbaik yang harus kita umat akhir zaman contohi sudah semestinya baginda. Ini membuktikan, pinangan itu bukan satu talian kehidupan yang bersifat satu hala, tetapi boleh bertukar menjadi dua hala. Tergantung keadaan dan masa.

Seganlah!

Ya segan, kerana tidak dibuat dek orang kita. Sedangkan syariat begitu luar melebar dalam menata hidup umat Islam. Cukup cantik dan cukup sempurna, berbanding keterikatan adat yang menyempit. Menyusahkan.

Yang wajib, tidak dibuat.
Yang sunat, dilihat wajib.
Yang haram, itu dipertahan!

Sebenarnya, ada sesetengah adat dan syariat yang boleh dicantumkan. Dan jika ada pertembungan, bagi kita yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul, syariat itu diletakkan di hadapan sekali hatta pedang di leher sekalipun.

Kebenaran itu di zaman ini dilihat asing dan janggal di mata masyarakat. Justeru menjadi "cicak yang pekak" amat dituntut biarpun dicop sebagai tidak tahu malu!

Cara Menghubung

"Habis tu macam mana akak nak buat? Takkan akak nak jumpa dia, tanya nombor telefon keluarga dia... aneh la dan malu lagi," jelas beliau.

"Haa.. ada caranya dan malu itu tandanya ada iman," pintas saya.

Sering kita, malu itu malu tidak bertempat. Ramai wanita ke pusat membeli-belah dengan menayang pusat, bertepuk tampar dengan lelaki bukan muhrim, keluar malam tak ingat dunia, berpeleseran di tempat awam tanpa segan dan malu. Buta hujung, buta pangkal.

Mahu meminang lelaki yang baik untuk diri sendiri? Ah... malu. Malu tidak bertempat.

Jika melamar lelaki itu dibenarkan syariat, kenapa tidak?

"Saya cadangkan, akak risik dia melalui orang tengah. Orang tengah ini bukan sebarang orang boleh jadi. Dia harus orang yang amanah dengan rahsia dan baik akhlaknya.Jika kita lihat Siti Khadijah itu sendiri dalam meminang lelaki terbaik di dunia, Rasulullah s.a.w. juga melalui orang tengah. Jadi, mengunakan orang tengah adalah jalan terbaik dan dan lebih mulia bagi seorang wanita," terang saya.

"Biasanya, orang tengah itu siapa?"

"Biasa orang tengah itu, pasangan yang sudah bernikah. Dan pasangan ini baik antara akak dan lelaki itu. Jadi akak boleh sampaikan hasrat melalui isteri, dan akan disampaikan ke lelaki itu melalui si suami."

"Menarik... tapi itulah segan juga tu. Macam tak laku pula."

"Biar memilih, asal jangan salah pilih. Pernikahan, bukan untuk sehari dua. Kita cuba untuk selamanya. Tempat kita mencari ketenangan. Tak laku, low class atau segala macam title yang diberikan, semuanya sekadar kata manusia. Biar di pandangan manusia low class, tetapi Allah lihat kita hamba yang high class."

"Hurmm..."

"Pandangan kita, gadis bertukar pasangan sekerap menukar lampin bayi, itu high class, hot stuff. Dibawa ke hilir jantan ini, dibawa ke hulu jantan ini. Itulah "gadis laku" di zaman kita. Jika begitulah, biar tak laku pun apa. Allah lebih mengetahui," saya memberi semangat.

"Cuma satu lagi akak bimbang, macam mana kalau pinangan ditolak lelaki tu? Malulah."

"Disini peranan orang tengah menjadi penghubung yang paling penting. Jika orang tengah itu amanah dan bijaksana dalam melaksanakan misinya, insyallah jika ditolak sekalipun kita masih santai kerana kerahsiaan amat terjaga. Apa-apa pun, doa, usaha dan tawakal itu kuncinya," jawab saya.

Perigi mencari timba atau timba mencari perigi, masih dalam lingkungan kaedah. Dan jangan kita terlupa tugasan utama kita di dunia. Sudah solehkah kita? Sudah solehahkah kita? Dengan menyelesaikan persoalan tentang diri kita, urusan si dia, dengan izin Allah dipermudahkan.

Lelaki baik, untuk wanita baik. Wanita baik, untuk lelaki baik. Itu sifir Ilahi! Itu firman tertinggi! Mahu kita percaya? Tidak perlu dijawab, t
nyalah iman!
a

"Wanita-wanita yang keji untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji untuk wanita-wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik (pula)." (Surah An-Nur:26)

Biar memilih asal jangan salah pilih.

pembacaanku di fb baru2 ini, tiba2 menarik perhatianku...ye mungkin kupasan tajuk itu oleh penulis sedikit sebanyak menjawab persoalan ku tentangnye..berkali aku ajukan soalan yg serupe pada teman2 rapat..benar sejarah itu satu pengajaran dan peristiwa khadijah pada lamaran kepada Muhammad penuh kiasan dan jwapan pada wanita hari ini yg mungkin berada pada situasi yg sama..pendekatan istikhamah dan istiharah itu perlu dalam soal jodoh dan kerukunan rumah tangga...tidak salah sekirenye seorg wanita itu di label sebagai perigi mencari timba atau apa pun selagi cara dan gayanya tidak melampaui batas sebagaimana yg dianjurakan islam....
Unknown
salam.....post ni ditulis special tuk halima ye...yg tak name halima jgn bace...hahaha
ha, puas hati ko..aku dah update blog aku special utk ko.....hongeh2....i tak rajin la der sekarang....idea i semakin hari semakin setek sebab berkawan dgn diaorg..semua warge rumah g2-3...sape yg bukan name halima yg bace post ni, conform korang tanye kan aku sekarang kat ne..hahaha....windu la tu kan....aku or sebenarnye all the third year ums medical students sekarang berkampung kat sandakan sabah.......menunaikan tanggungjwab yg di tuntut Allah iaitu belajar di Duchess of Kent Hospital (HDOK)...(cet, ayat cam ustazah plak,hehehe)...anyway sori to all kalau bukak blog aku balik2 tgk post yg same....i memang tak rajin u....tu amin ghazali yg suke sekodeng blog aku ni, hahahha...ko jgn nak meng jah ye dekat blog aku, nanti i bt muke u cover depan blog i....br u tahu.....ahaakkkk.....k..la cau dulu......lain kali story lagi....lupe plak, to adila albar and to norma asmira, selamat membangunkan blog masing2 dgn story mory anda....tolong upload gambar sy sekali ye wak dalam post2 kamu tu......i nak tumpang sekaki...hhahahah....ok..daaa...salam...dr sandakan....
Unknown
salam..
mood mase menulis blog ni is SAD..
iam totally sad..Why?...i will going back to kk on this sunday...
oh my God...i couldn't expect it....it too short bt still i need to thankful of this opportunity right..
i want or not, that my responsibility....
what make me sad the most is the condition of my mum...she suddenly got a fever...God..please help her..cure her as soon as possible...
i only have less than 48 hour to be with her before i return back to kk...my tears fall....
my heart fill with worry, scare and everything...
Allah..only u my hope....
cure her so that i could flight to kk with any worry...

Unknown

salam...
sawadee kha.
khun sabai dee kha??
wee...tetibe je aku ckp bahase siam ni pehal?...hahaha....sebenarnye sebab tajuk entry ni 'kom rak kom saneha' atau dalam bahse orang putihnye the sharpness love...aku sebarnye dok cari cerite aku mase zaman sekolah dulu phoenix blood ( lerd hong) sebab tetibe rindu nak tgk citer siam...aku terusha satu blog yg list kan cerite2 siam yg baru and yg paling syoknye coz ade English subtittle...wah..daripade promo movie ni aku rase interesting plak nak tgk...coz aku rase couple dalam cerite ni sweet sgt..

cerite ni genre dia romentic comedy so adde la scene2 yg kelakar sepanjang drama ni..tak statik dan takde la kisah si heroin tu terlalu menyayat hati smp mcm nasib si phomp dalam phoenix's blood tu...huhuhu

bg aku, cerite siam ni polite2 sikit maybe sebab dekat serumpun nusantara mcm malaysia dgn indonesia, cerite dia takde la sampai korang kene tutup skrin laptop sekejap sebab ade scene yg tak sedap mata memandang...better than korean i guest...

aku kalau dah promote satu cerite ni conform la nak cerite sinopsis cerite ni gak..
cerite ni pasal baibua dan kalan...
baibua ada 1 adik tiri name dia engfah dan kalan plak ade adik lelaki name wit..
engfah berkenalan dengan wit melalui msn dengan gunakan name baibua..diaorg dating tapi mak wit dan kalan ni tak suke...wit punye kredit kad kene blok dan akhirnya si engfah ni tinggalkan dia sebab dah jd miskin...wit kembali semula pada keluarga dia tapi akhirnye ambik keputusan bunuh diri sebab kecewa dgn engfah...
mak kalan jd trauma sebab kejadian tu dan kalan plak sgt dendam dengan perempuan yg namenye baibua ( kalan tahu name je tapi tak kenal pun sape baibua)...
baibua mintak kerje kat syarikat kalan ( kalan ade crush kat baibua ni sbenarnye), kalan happy tapi bile baibua sebut je name dia, muke kalan terus berubah dan marah.
baibua keje kat ssyarikat kalan sebagai kalan punye setiausaha tapi sepanjang tempoh tu teruk la dia dikenekan kalan sampai sakit2..kesian sungguh..
ayah baibua sakit, so dia plan nak pinjam duit dr syrikat kalan...then kalan kate boleh bagi tapi bersyarat....syaratnye, baibua ni kene kawin dengan kalan...
lepas kawin macam2 la jadi, bile dalam benci ade cinte, kalan lame2 takdapat jugak nak sembunyikan perasaan dia, bermulalah adegan yg kelakar dan sweet couple ni...tapi mcm tipikal cerite thai la, dalam mencari bahagia tu akan ade ujian yg menerpa, so diaorg pun tak terkecuali terusama sekali dengan permainan jahat si engfah yg tamakkan harta tu...
korang yg boring, aku suggestkan tgk cerite ni..not bad...aku bg 4 bintang setengah la kat cerite ni...



Unknown
salam...
" maaf.....aku bukan anna athafunnisa untuk dikhitbah abdullah khairul azam tanpa kenal keperibadiannya terlebih dahulu" ini ungkap hatiku pada lamaran tidak rasmi seorg teman..
mana mungkin seorg yg ditemui secara kebetulan dan untuk pertama kali sepantas itu untuk dikhitbah....bagiku, individu itu terlalu berani..kalau bersandar pada perbualan kami sepanjang penerbangan 2 jam 15 minit dari kk ke jb itu, aku kira tidak cukup untuknya mengenali siapa aku yg sebenarnya bahkan untuk diriku sendiri mengenalnya...maaf, jawapanku tetap sama..

berkali sudah aku bicarakan dengan teman sebilikku, aku sendiri tidak pasti pada kriteria lelaki yg akan aku pertimbangkan..bkn tidak ade yg menyatakan hasrat namun pantas aku tolak bulat..." kau nak ke kawin dengan doktor, nanti ko yg jaga anak, masak dan lainnya" itu momokku pada mereka...tegur ibu kenapa harus begitu mengungkap penolakkan, tapi ape lagi yg mampu aku tuturkan agar aku tidak terus memberikan harapan pada jawapan yg aku sendiri tidak pasti akan berpihak dimana....

bkn niatku mempersenda mereka,namun aku bimbang kalau sepanjang penantian itu terus melukakan...aku senang mengungkap, serahkan segalanya pada takdirNya...jauh tersudut, aku doakan setiap dari mereka sebuah kebahagia, kalau bukan bersama dengan ku tapi mungkin dengan individu yg lebih baik dariku...

afwan...andai jawapanku tetap sama...
Unknown




gambar2 sekitar kk...yg bawah sekali tuh ade la gmbr peak gunung kinabalu dr kerete mase ktorg on the way melawat semula tempat health promotion kita org iaitu di kinabatangan...walaupun tak de la nampak sgt clear bt still is the sweet moment in my life because bukan semua org dapat chance tgk peak gunung ni...very lucky la that day, awan tu tak menutup sgt peak gunung ni...untk pengetahuan semua every peak tu ade name tapi aku pun dah tak ingat sgt....SubahanaAllah...
Unknown
salam..
aku mohon maaf terlebih dahulu kalau ade coretan ku nanti pada halaman ini menguris hati sesiapa...jujur itu bukan niatku tapi kemana lagi harus kuadu segala keluh yg menjeruk hati...sekali lagi aku pohon kemaafan...

entah apa silapku entah dimana khilafku, aku sendiri tidak pasti..hadirnya satu hamba Allah yg cukup aku kagumi keperibadiaanya satu waktu dulu...jujur kebelakangan ini aku kurang senang akan sikapnya..

sama seperti awal coretan ku ini...aku tidak tahu apa salahku pada dirinya..individu ini seenak hati mengecam aku pada khalayak umum tanpa mengira soal hati orang yg dikritik...dimana letaknya nilai sensitiviti pada dirinya hingga aku yg selama ini menganggapnya sebagai seorang teman diketepikan...bukan niatku mengecam dirinya pada penulisanku tapi kalau sudah di gelar melayu yang seharusnya lebih arif tentang lembut tutur bicara apa lagi yg mampu aku kata...

sudah satu, satu lagi yg diolahnya...sudah berapa kali aku cube beralah mengikut sahaja rentaknya..sudah byk kali juga aku menahan sabar pada sikapnya...apa lagi yg harus aku lakukan??....hatiku ini sudah tidak tahu akan berapa lama lagi mampu bertahan..
individu ini...kalau berbuat salah bersikap selambe...boleh dibilang dengan jari aku kira berapa byk maaf yg dipohon kalau dia berbuat salah..
anehnya bukan aku seorg tapi ade juga yg lainnya..
hendak aku luah, aku malas mencetus sengketa tapi lagi aku tahan...rawan hatiku menusuk hingga ke sukma...
haruskah aku mengambil langkah yg serupe seperti rakan yg seorg lagi...memilih menjauhinya...
agh...aku dilema..
harusnya sampai bila Ya Allah harus hati ini aku sabarkan..
aku buntu..sikapnya yg keras, mahu segalanya mengikut kemahuannya tanpa mengira pada hak org lain di situ bt hatiku tersayat....kalau diikut kepalaku lama sudah aku berbt mengikut kehendakku tapi dia yg akan menarik muka pula dgnku..
terlukanya aku pada sikapnya..namun sedarkah dia?...
Ya Allah, berikanlah aku pertolonganMu...

pengusha blog tegar