Unknown
salam..
alhamdullillah, kali ini berkesempatan berkongsi kisah..
kali ini tentang Psy posting..
baru seminggu di hospital mesra bukit padang, dan pesakit2nya ternyata mesra sesuai dgn nama..
yang nyata, pelajaran terbesar sebaik melangkah kali ke posting ini adalah DONT EVER STIGMATIZE THE MENTAL PATIENTS.


betul, saat kaki mula2 melangkah ke posting ini, 1 persepsi yg terlahir dan terbayang di minda, adalah wad yg penuh2 dgn pesakit2 yg agressive, tapi 1 yg ak terlupa, mereka hanya berkeadaan sedemikian hanya dlm episod serangan, dan diluar dr itu, mereka mampu bertindak waras seperti juga kita. Benar kata doctor, antara waras dan kurang siuman, ia hanya dipisahkan oleh 1 very thin line. siapa pun kita, atau in what walk of our life, semua dr kita berkemungkinan utk mendapat mental illness. Tua muda, kaya atau miskin, semuanya berada di satu garisan yg sama. Dari childhood, ke personality disorder, psychotic disorder, anxiety and also cognitive, semuanya melibatkan pemikiran, maka bersyukur lah dgn pemberian drNya, akal yg waras hingga ke hari ini.


Mendengar pelbagai cerita dr mereka adakalanya membuatkan setengah2 dr kami bahkan aku sendiri bagai lari dr kewarasan akal fikiran utk seketika. Cerita tentang dunia mereka hanya mereka dan Allah sahaja yg lebih jelas tentangnya, aku simpati. Mereka melihat sebuah dunia yg nyata berbeza dr kita, ia penuh dgn segala macam halusinasi, dilusi, ilusi dan sebagainya. Bagi aku sendiri, ia cerita menarik dr mereka. Perbuatan dan segala macam keunikkan mereka lakukan adalah manifestasi pemikiran terhadap sebuah dunia yg mereka miliki dan itu bukanlah kehendak mereka. Mereka diuji oleh Dia, tapi yg pasti 1 jaminan syurga bt mereka,bukan seperti kita, yg mungkin menconggok2 tentang langkah ke syurga yg belum pasti bt kita. masyaAllah..


bakal menulis lanjut tentangnya, insyaAllah. 
wasalam.
Unknown

salam.....hah, semangat ko kan baca tittle entry ni....
actually saja je, ye la cinta sesama manusia.

just wanna share this above picture....comeikan??
rasa nak kawin dan dapat anak secomei ni sekarang jugak (muhahaha, statement paling controversial ini tahun)
nama dia mohd rayyan...
pagi ni, masuk2 ward dipandang dgn pandangan yg tidak bermaya oleh dia, he tachypnic during that time, just lying down on the bed due to bronchial asthma  exacerbated by upper respiratory tract infection.
 he crying during neb and later on the afternoon, i meet him again.
agh...cute nya ini budak, rasa nak cubit2 je pipi dia...
nasib baik tak takut org, masa ak dekat dgn dia, terus dia bukak tangan nak mintak angkat...
ak angkat je la, even depan tu dr tgh bt ward round utk radiology..hehehe...sesekali...
....................

dah nak masuk 3 minggu kami di pead junior post and seriously i am happy with it.. melihat malaikat2 kecil tak berdosa, ada yg masuk kerana minor infection dan ada pula yg masuk kerana serious complication.rasa teramat bersyukur diberikan kesihatan sehingga sedewasa ini jika dibandingkan dgn mereka yg ditakdirkan oleh Allah menghidap pelbagai penyakit seawal usia, padahal jika dibanding-banding keadaan dahulu tak secanggih sekarang, tiada immunisasi, lahir berbidan kampung, tiada rekod berklinik dan macam2 lagi. Tapi Allhamdullillah, masih boleh hidup dan mengabdi dibumi Allah sehingga kehari ini. cuba fikir2 sejenak tentangnya, betapa bertuahnya kita..

oklah, cukup dulu sampai disini...
will update u soon, insyaAllah....
Unknown
salam..ahhhhhhh...maaf..ak nak senak kuat2 dulu....aish..tak senonoh la anak dara sape ni..hehe....
oklah....
maybe kembara si abit part 5 ni adalah yg terakhir cerite kembara kami di kudat...
dan lagi mungkin entry terakhir ak mengupdate blog,bukan apa, bile dah balik kk nanti, rajin la pulak kan ak nak mengupdate blog, dah la internet sikit punye slow dan lagi ak bakal sibuk dgn 2 posting yg haram jadah susah and adventure habis..2 P'...Peadiatric and Psy..posting yg dikenali dgn high mortality rate...haha..mentang2 la baru community med post, bukan main dgn MMR la bagai kan....maaf la ye, ak baru semalam habis exam, mood pun masih exam lagi....tawakaltuallah, semoga setiap dari kami akan lulus..insyaAllah....tolong aminkan sekalinya...
apa2 pun cerita kembara kali ini tentang gambar di bawah..haha...KFC apakah....takda lah, ni la makanan kami pagi tadi masa melawat Tip of Borneo aka Simpang mengayau..
asalnya tak plan pun nak pergi, yg ada dlm perancangan adalah utk beli barang activiti malam ni, tapi tu la, kita hanya merancang Allah yg menentukan, alhamdullilah pula kali ini dapat ke sana....
memang dalam hati terdetik juga nak pergi sebelum balik kk, tapi macam dah tak sempat je, tupppp...tuppp.....pagi ni Pei Jie ajak pergi....apa lagi, terus angguk2 tak pandang kiri kanan, terjun je masuk kete,memandangkan kami singgah pekan Kudat, kami tapau la KFC tu buat makan kat sana...happy....
:)


 jalan punye jalan, bila kereta masuk ke jalan menuju Simpang Mengayau, hujan lebat, tapi tu la sekali lagi, kalau Tuhan kata dpt smp, sampai la jugak kan...so kita org teruskan je perjalanan sampai la ke Simpang Mengayau ni....hujan pulak makin lebat....sabar je la.....ambik KFC duduk bawah pondok makan sambil mengharapkan hujan akan berhenti....huhu
habis je makan, hujan tak berhenti-henti jugak, disebabkan ak terlalu excited nak ambik gambar kat benda bulat bawah ni, terus je grap topi Pei Jie jalan sesorang sampai situ..haha....mase tu rasa macam i the only human yg bergerak disitu...haha...ye la, hari khamis kot, mana la ada pelancong...finally, aha dapat pun ambik pic benda ni....trade mark simpang mengayau...

 sila zoom kalau nak baca perkataan apa yg tertulis di situ ya.....
so picture yg bawah2 ni adalah gambar2 yg ak dapat ambik....nasib baik tak jahanam camera ak, basah lencun dgn air hujan...

 kalau hari tu, dr entry yg sebelum ni pasal pantai kelambu, ak tunjuk tip of borneo dr Pantai Kelambu, kali ni ak tunjuk pulak pantai kelambu dr tip of borneo....ha...yg seberang sana tu Pantai kelambu....

 awan hitam yg menyambut ketibaan kami...






 laut yg pasang...ak tak berani nak turun bawah sebab batu2 kat bawah licin2, nak2 lagi ombak tinggi, tak ke namanya cari bala je kan nanti....

 sepanjang pantai, taken inside the car...pasir yg sgt putih dan air yg hijau2 blue gitu...confirm cun...yg pasti simpang mengayau dah tak macam dulu2, sekarang ni dah ada chalet, long house, cafeteria and banyak lagi la...tak menyesal pada sesiapa yg datang sini....sesekalikan tgk ciptaan Allah depan mata, rasa sgt berbaloi pergi jauh2 pun....

oklah, ni pulak aktiviti malam ni....BBQ with all lectures and stuffs RMEC...memandangkan kami CMP dah habis exam while DHP belum habis lagi exam pagi ni, so kami la yg diberi tugas utk beli barang, merewang, prepare segala barang yg perlu....panas tangan kupas halia yg sikit punya banyak tu...tapi apa2 pun still seronok sebab kenyang......haha

ikan bakar kami......jemput makan....
semoga akan ada lgi kesempatan utk kami bertandang semula ke daerah kecil Kudat ini...
sesungguhnya ak terpesona dgn keindahan alam ciptaan Tuhan dibumiNya...
tak terungkap dgn kata2, tak tergambar dgn foto-foto..
yg terlafaz hanya sebuah keterujaan dgn lafaz SubahanAllah....
wasalam...
sayonara kudat, in suhat2......


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

pengusha blog tegar