Unknown
salam..
alhamdullillah, kali ini berkesempatan berkongsi kisah..
kali ini tentang Psy posting..
baru seminggu di hospital mesra bukit padang, dan pesakit2nya ternyata mesra sesuai dgn nama..
yang nyata, pelajaran terbesar sebaik melangkah kali ke posting ini adalah DONT EVER STIGMATIZE THE MENTAL PATIENTS.


betul, saat kaki mula2 melangkah ke posting ini, 1 persepsi yg terlahir dan terbayang di minda, adalah wad yg penuh2 dgn pesakit2 yg agressive, tapi 1 yg ak terlupa, mereka hanya berkeadaan sedemikian hanya dlm episod serangan, dan diluar dr itu, mereka mampu bertindak waras seperti juga kita. Benar kata doctor, antara waras dan kurang siuman, ia hanya dipisahkan oleh 1 very thin line. siapa pun kita, atau in what walk of our life, semua dr kita berkemungkinan utk mendapat mental illness. Tua muda, kaya atau miskin, semuanya berada di satu garisan yg sama. Dari childhood, ke personality disorder, psychotic disorder, anxiety and also cognitive, semuanya melibatkan pemikiran, maka bersyukur lah dgn pemberian drNya, akal yg waras hingga ke hari ini.


Mendengar pelbagai cerita dr mereka adakalanya membuatkan setengah2 dr kami bahkan aku sendiri bagai lari dr kewarasan akal fikiran utk seketika. Cerita tentang dunia mereka hanya mereka dan Allah sahaja yg lebih jelas tentangnya, aku simpati. Mereka melihat sebuah dunia yg nyata berbeza dr kita, ia penuh dgn segala macam halusinasi, dilusi, ilusi dan sebagainya. Bagi aku sendiri, ia cerita menarik dr mereka. Perbuatan dan segala macam keunikkan mereka lakukan adalah manifestasi pemikiran terhadap sebuah dunia yg mereka miliki dan itu bukanlah kehendak mereka. Mereka diuji oleh Dia, tapi yg pasti 1 jaminan syurga bt mereka,bukan seperti kita, yg mungkin menconggok2 tentang langkah ke syurga yg belum pasti bt kita. masyaAllah..


bakal menulis lanjut tentangnya, insyaAllah. 
wasalam.

pengusha blog tegar