Unknown
salam..


cerita punya cerita, dah sampai part 4 rupanya kembara si abit ni...kembara minggu-minggu akhir kami di kudat.Sedih la pulak tetiba. T.T...yela, kami bakal mengakhiri rotation ke4 kami dalam masa kurang dr 2 minggu dan dgn erti kata lain, kami akan pulang semula ke Kota Kinabalu menyambung pengkuliahan utk 2 lagi posting sebelum mengakhiri tahun 4 secara rasmi. 

alhamdulilah hari ni 25/12/11 disaat penganut agama kristian menyambut perayaan hari natal mereka, kami sekali lagi mengisi cuti hujung minggu dgn sebuah lagi kembara. ak hampir membatalkan niat utk turut serta, kerana pada awal pagi itu kami ke rumah foster family seorg dr kami..hanya lewat pukul 1.30 ptg, kami kembali ke RMEC. 


seriously, i tired and sleepy, tapi ak paksa juga mata utk terus bertahan. asalnya hanya berniat utk ke Simpang Mengayau/ Tip of Borneo tapi memandangkan sudah ber four wheel, kami mengharungi juga jalan tanah merah berkerikil yg membawa kami tiba ke sebuah lagi destinasi yg disebut2 oleh org tempatan sebagai Pantai Kelambu..


takjub melihat ciptaanNya. memandang berulang kali sebuah pulau di hadapan kami, dan bagaikan ada sebuah keajaiban bila pulau itu dan tanah besar dihubungkan dgn sebuah jalan dimana ombak dr kedua belah nya saling memukul.SubahanAllah...kebijaksaan ciptaanNya.
inilah picture2 yg dpt dikongsikan.





 kalau korang nak tahu, diseberang sana tu lah tip of borneo. maksudnya, korang akan lalu jalan nak ke simpang mengayau dulu baru lalu pantai kelambu ni...dekat je pun.

 seriously lawa sgt ombak dia..smooth and air dia greenish in color.sampah pun tak banyak jugak kat sini..

 another part of pantai kelambu.

 boat nelayan yg besar2 pun ada kat sini...best scene..

 inilah dia pulau yg ak cakap tu..see, kat tgh2 tu, ada laluan and ada ombak yg memukul dr kiri dan kanan..amaran, better u not go across the way during tide, kalau tak korang tido la situ smp surut air laut..

 along bergambar sesampai tiba...tak menyempat btl..haha

 ombak yg agak kuat. sebab kita org pegi ni musim tengkujuh..angin agak kuat jugak..

 pasir yg smooth...syiok kate org sabah utk main...

 boat nelayan...

 sempat main pasir tulis2 nama..bila ombak dtg terus lari..senget betul....


 along pun main jugak..candid pic.

 inilah picture yg paling bt ak teruja..disebabkan ombak yg memukul dari kedua2 belah sisi, so air tu bg reflected image utk pulau tu...lawa sgt..

penghidupan

utk image lanjut boleh la ke facebook ak dgn nama faradila akbal.
pada mereka yg berminat nak berkunjung, boleh la ke Kudat, lewat simpang mengayau boleh terus ke pantai kelambu..
insyaAllah, pemandangan yg disajikan cukup mempesonakan.
insyaAllah juga utk kembali berkunjung ke sana..ak bakal rindu dgn kenangan ni.

P/S: special thank tu En.Kelvin atas tajaan kenderaan. ye, sy budak nakal sebab org lain tak basah kain baju main air laut, ak dah smp kelutut basahnya..haha
Unknown
salam.


satu waktu dulu,
seorg makcik terlihat seorg ibu sedang mendukung bayinya.
dan pantas dia berkata " macam cina la muka anak kakak ni"


3 tahun yg lalu, tahun pertama med degree in ums,
seorg perempuan sedang membasuh pakaiannya di pantry
lalu masuklah seorg gadis cina sambil membasuh cawannya di sink bersebelahan
dia bercakap mandrin sambil memandang gadis yg sedang membasuh pakaian itu.
dengan muka yg sedikit blurr, gadis itu bertanya'
"awak cakap dgn saya ke?"
dgn muka yg sedikit terkejut, gadis itu memohon maaf,
"sorry2...sy ingat kamu cina"
lalu gadis itu manjawap dgn sebuah senyuman'
"mei wen ti, wo bu se hua ren, wo ke yie swok itien2"


beberapa minggu kemudian
gadis itu mencuci cawannya di pantry,
lalu seorg lagi gadis cina berulang alik dihadapan pintu pantry.
sedikit tidak puas hati, dia masuk menghampiri gadis itu,
dari atas hingga ke bwah dia memandang gadis itu,
lalu dia bertanya'
'kamu cina atau melayu"
hanya dengan senyuman gadis itu menjawap
"sy melayu la"




2011, pekan sikuati kudat
mundar mandir seorg gadis di hadapan beberapa gerai yg menjual sayur-sayuran bersama seorg teman
lalu seorg makcik menghampiri mereka,
"boleh tanya ka kita?" mak cik itu bertanya.
"ya, kenapa makcik?"jawap gadis itu
"kita org semenanjung ka?"dia bertanya lagi
"ya, kami yg pelajar UMS di sikuati tu"seorg lagi teman menjawap
"oo, kamu melayu ka?" sambil memandang gadis itu
"ya makcik"jawap gadis itu ringkas
"ak ingat kamu cina" terangnya lagi..
dalam hati.....errrrrr.....


haha..itu la ak yg selalu disalah fahamkan, CINA.....itu yg selalu org sangka, padahal ak sikit pun tidak pernah berketurunan itu..tidak sama sekali.
kalau dgn cerite gadis2 cina yg menyangka ak cina di floor ,itu mungkin ak boleh terime, tanpa hijap, ia mungkin ketara tapi yg alkisah makcik ni, itu paling mengelirukan sebab ak bertudung saat itu, 
'am i look as the a newly convert chinese muslim?'
confius....blurr.....dont know what else the answer should i given to her..


sebenarnya dr kecil hingga ke besar, berkali ak diajukan sebuah soalan "are you chinese?"
dan berkali juga ak membuat penafian.
cina tang mana??....
kalau disebabkan warna kulit ak yg sedikit putih ni,
ak rasa my sister more whiter than me and most of my family members putih2.
kenapa, sebab kami kan pure banjar. always putih2...haha...habis la budak jawa dok tonyoh ak pas ni....maap-maap..


ok la, to those who doesnt know me, and just see my face and though that i am a chinese
i answer u very clearly 
I AM MALAY, A PURE MALAY AND I REALLY PROUD OF IT.
if u think chinese people as the only one yg putih, u get it wrong. Melayu pun ade yg putih ye....


wasalammmm.......


P/S: td ak tgk iklan petronas pasal tan hong min, ala yg girl dia calzrina tu, ade la comment2 yg kata, si tan hong min tu buta warna, sebab calzrina tu gelap, so what??..u wanna say that chinese are white and native malay are black..korang tu putih sgt ke suke2 je nak kutuk warna kulit org lain.. dont be such racism la...>.<
Unknown
salam
sebenarnya dah agak lama nak berkongsi picture2 dibawah ni.
walaupun hanya dari tingkap bas,
tapi ak tetap nak berkongsi keindahannya. keindahan sejati ciptaanNya.
perjalanan 3 jam kudat-kk sebenarnya memang la sgt memboringkan (wow, bahasa melayu campuran plak ni), dan tak hairan la kalau tak sampai setengah jam perjalanan semua kepala dah terlentuk.
tapi perjalanan 3 jam ni la yg sgt seronok bila perjalanan tu hampir mencecah lewat petang. mcm dlm pukul 4-5 petang, sebab the best thing is bila sampai ke area KB, kalau di semenanjung KB tu Kota Bharu, tapi kalau di sabah ni pulak, KB is Kota belud.
dan sepanjang lewat kota Belud la mata ak cerlang je becoz so many interesting things to be observed.
why??..
korang nak panggil ak budak jakun ke what so ever la but i truly falling in love with the view of their paddy fields.
damn beauty .u know what, can u imagine, even KB itself is the best view where u can see mount Kinabalu exactly like Sabah's flag.
so cuba korang bayangkanlah, ada paddy field yg greenish yellowish in color tu + mount kinabalu just like at the back of that paddy field.
gile tak lawa
wow..mesti korang akan ckp ak exagerate cerite kan, tapi sure, wa tak tipu beb  
walaupun KB tak sefamous kedah dgn paddy field dia, still korang ak seronok gak tgk padi2 kat sini..
yg tak boleh bla sekali bile tgk padi tu menguning and siap ada org2 lagi kat sawah...
natural beauty je.

see, lawa kan.paddy field yg sgt luas

another picture, siap ada coconut tree lagi, teringat plak lukisan masa kecik2 dulu.


nur kasih punye setting pun kalah. rumah ni btl2 ingatkan ak mcm citer nur kasih tu. 

langit KB, tak pernah berhenti dr menarik perhatian ak
dan ak takkan pernah letih tgk pemandang indah tu sepanjang perjalanan kudat-kk.
seriously, kalau dulu masa sekolah menengah berangan nak bt wedding kat savannah hill, ulu tiram sebab tempat tu lawa gile (during that time la, tapi en Z kata, dah tak lawa plak.sad)
sekarang impian wedding ak plak nak bt outdoor photo shoot kat paddy field KB.muhahaha.
berangan je lebih...
hang ingat apa...kawin VVIP?pergi KB sebab nak photoshoot semata,GILE (marah kat diri sendiri)
wasalam.
Unknown
salam
meneruskan kembara
kali ini hari kedua data collection at kg Parapat laut
terlalu byk gambar utk diabadikan
yg nyata keindahan bumiNya tidak terbanding gugat dengan segala mcm bentuk bangunan yg ada kini.
subahanAllah.
teringat pulak kata dr Dhaw, alam menganas kerana kita
kerana kita yg merosakkannya
dan jangan salahkan alam bila segala mcm malapetaka yg dtg menimpa
kerana segalanya berpunca dr kita.

 lewat petang kedatangan kami, ombak pasang. nampak saje kecil tapi disaat dia sampai ke pesisir, kayu yg besar pun boleh kalah.

 lagi gambar jeti, markas kami sepanjang research diabadikan sebagai picture. tiada awan hujan petang itu, memudahkan proses house to house visit kami.Alhamdulillah



 rumah kayu dipinggir pantai, tapi sepanjang kajian kami, ia kosong tak berpenghuni, memberi ruang utk kami menumpang teduh dan bermain di pangkinnya

 bebuih pantai.

inilah dia sabah, cari2 pantai, carilah di sabah.takkan rindu pantai disemenanjung sekali pandang pantai disini.haha.
insyaAllah akan meneruskan kembara si abit ke siri yg berikutnya
wasalam..
Unknown
salam
lagi cerite kembara kami di bumi kudat
kembara seorg hamba dibumiNya
ya ,kembara yg mengajar ak utk lebih mensyukuri akan nikmat dariNya.
apa yg tergambar dr lensa camera tak seindah mana pun,
sebab yg dicipta drNya, dan terlihat oleh sepasang mata itu lebih indah dr segalanya.
ececeh.........mula ak nak karang bahasa2 sastera melayu....muhahahaha...
confirm sape yg tak suke bahasa melayu muntah darah bace blog ak, maaf la ye, sebab sy kan cikgu BM( my friends always call me with that...><)
syutttttt.....hujan rupenye kat luar (tak pasal2 plak kan)
apa2 pun layan la picture2 yg tak seberape ni k

ak mulakan cerita dengan gambar teh C special, hanya mula ak kenal sejak menginjak 4year.
taste dia: definitely sedap.
i buy it this morning from Kudat Curry House but it also available in everywhere in Sabah (i think so)..in KK there are many. 
Prices:2.30-3.00 ringgit but usually that uncle bagi murah pada kami..ngeee~~
sapa yg tak pernah try boleh la try k

 korang try teka kat mana?...as usual, my research village Kg Parapat Laut. sebuah perkampungan nelayan that damn  beauty. serasanya, mcm sejak jejak kaki di sabah saja ak mula tgk laut, sebab kalau kat Johor especially kat Segamat nu, balik2 la air terjun Bekok tu...opss......ak bukan burukkan tempat sendiri k..

 langit  di kudat ni definitely sesuai utk mana camera man kalau nak bt photo shoot, seriously sky dia always blue light and bright in color.langit tak tercemar la nak katanya, yela, diaorg siap guna air hujan lagi buat minum. relax je. try ambik air hujan especially dr langit semenanjung, confirm wa ckp dgn lu, merah pucat muke lu kalau suruh minum. anyhow, still mensyukuri apa yg kita ada

 sampan, all over the village korang boleh tgk. tapi kalau nak naik tu, ak tak berape berani lagi la..ape org kate tu, dlm buku BM, teroleng2 pulakkan perahu tu, tu yg ak jd takut je tu nak try naik


 see, dah ckp dah langit dia, cun....:)

 kalau org kg ni tgk pokok ni, rase biase je.tapi kami semua tgk, cantik je.sikit la punya byk picture pokok ni kami shoot.

 cows. kate along tak payah pegi kundasang nak tgk lembu new zealand, kat sini pun ada.haha..nice spot betul la that cow hang out.

 the river. yg best budak2 sini boleh buat balik kuang lagi dr boat masing2. gila ar, kalau lu suruh wa buat camtu, confirm bertempayan air sungai tu wa telan. dalam kot, ingat air paras2 petis je ke..

 jeti lama.dak2 kampung bt tempat mandi je la ni. still the nice shoot yg ak nak, boat n jetty. 

 bakau.sebelum2 ni, belum pernah lagi tgk depan mata pokok2 bakau ni. and here, i get the chance.love it.:)

 my wallpaper.nice kan?

 one of my best shoot pic. tertibe bayang citer nur kasih version tepi pantai (yela, diorg kat version sawah padi). dok bayang adam dgn nur duduk bawah pokok ni. haha...khabir bahtiar maybe boleh fikir2 kalau nanti nak cari tempat lawa nak buat shoot drama baru dia pulak..ahakkk..(sengal)

 along the beach road

lastly, KAMI with budak2 kecik. yang nampak merah kat tgh tu our, big2 boss..super taiko utk research ni, and for sure, he our posting leader..yg kaya gila, wajip pow bila habis posting ni..muhahaha...sorry pei jie....ngee~~~


P/S: dear my future husband, tolong la bagi hadiah kat ur future wife ni DSLR satu.kalau dena boleh dpt, i pun nak jugak...
Unknown
salam maal hijrah
a story of another journey......
why??....since we are changing our posting to a new posting. we are currently in our Community Health Posting and for that we are require to doing our research to a village that already assign by our School of medicine....so here, the story begins....our village are Kg Parapat Laut, almost about 30-45 minutes journey from the Rural Medical Education Centre (RMEC) where we live there. surprisingly, despite the rungus race, as they are the major population in Kudat, this village was living by the Bajau...and also another Alhamdulillah, this village is a Muslim village...it make us as the muslim was very thankful since there are facilities such as mosque to where we can perform our pray there..Just aweek there, already make us become very close to the villagers, we conducting our RRA, indepth interview, Focus group discussion without any problem and there also giving us their cooperation..thank you very much....
as the picture below, it was taken today,as we having another visit there for further research regarding this village...

*amaran, ini bukan DSLR, i just still green in the photography field..


them....my group...tapi cuma separuh, the rest, sedang berehat di jetty
(hajar, baoling, kee nam, along, pei jie and ainie)


beautiful shell available there, to the collecters


view of our village from jetty


here, the jetty.it just built within this year



childrens...in semananjung this view such a rare, since there spend much of there time playing the computer game only..it remains me to the time where i was young before.


them, also doing their shooting..haha


one of the favorite picture that i managed to catch

for my pic..haha..later....on ainie camera......
wasalam......
Unknown
salam
berkongsi kisah lagi mungkin utk kali ini....
alhamdullillah, lewat pagi ini kami attachment di klinik kesihatan Ibu dan Anak, atau nama ringkasnya KKIA, Kudat....
lantaran kembara memenuhkan logbook, kami menawar diri mengikuti home visit...
penantian seawal 8 pagi di KKIA akhirnya berhasil..alhamdulillah, dialukan dgn baik oleh staf nurse...
kami bertiga (ak, yong mei, hasnul) berserta 3 JM dan 1 staf nurse memulakan home visit dgn van kesihatan..
hoho....amaran Rishi sudah tergiang di kepale...
' jgn sangka jalan kudat tidak pernah bahaya jika dipandu oleh seorg driver kesihatan'..itu juga yg telah kuperingat utk mereka berdua...
tapi syukur, ia tidak seextreme yg kami sangka...jalan tanah merah tidak berturab ditambah dgn hujan pada awal paginya sudah kami jangka dr awal..melewatinya hingga ke perkampungan atas air dikelilingi bakau, 1 pemandangan yg nyata jauh dr jalan2 besar pernah kami lewati...


'serba kekurangan' atau dgn ayat lain yg pernah terpacul dr mulut epin ' terlalu miskin'.


rumah tanpa bekalan air dan electrik,
bertandaskan saluran tanpa perlupusan sempurna,
jalan bertitikan kayu-kayu bakau,
berpendapatan kurang dr RM50 seminggu,
perpendidikan peringkat darjah 6,
atau yg lebih buruk tanpa status kerakyatan mana2 negara.
bagi anda bagaimana??..


yg disemenanjung, itu pemandangan terlalu asing
ak bukan sedang mengarang puisi tentang kemiskinan, yg terlakar adalah sebuah hakikat, nuasa pengidupan masyarakat malaysia timur yg terlepas bahkan mungkin terlupa dari pandangan kebanyakkan kita..mengajar secebis iktibar tentang erti syukur akan nikmat drNya.


tapi itu bukanlah cerite utama yg berkaitan dgn tajuk..


kegigihan dan ketulusan para jururawat yg bersama2 dgn kami mengamit rasa.
demi tugas, seceruk mana kawasan dijelajahi demi access kesihatan mereka...kalau disemenanjung,   jururawat desa dgn motosikal melawat post delivery baby and post natal mother ak anggap sudah mencabar, melihat jururawat yg disini, cabaran mereka jauh lebih hebat..bukan saja dr segi bahase, perjalanan bahkan juga keselamatan harus dipertaruhkan....
ak nyata kagum tentang itu...(angkat tangan bagi jururawat2 semenanjung yg ada cerite lebih mencabar dr ini)..


hakikatnya, apa yg perlu anda tahu, daerah2 di Sabah ini khususnya, mengalami kekurangan pegawai2 perubatan....
buktinya lihat saja, hospital Kudat sendiri, hanya memiliki kurang dr 8 MO (medical officer) dan jumlah ini ternyata jauh berbeza dr jumlah MO di semenanjung... lantaran dr itu beban tugas bagi memberi rawatan kepada rakyat yg berpopulasi tinggi ( dgn jumlah anak lebih dr 5 org bg 1 keluarga yg tinggi ) dikongsi bersama oleh MA ( medical assistant ) dibantu oleh staff nurses.
sebagai contoh,situasi yg tidak menghairankan disini adalah apabila anda melihat staff nurse sendiri yg terpaksa melalukan insertion of IUCD..

malaysia timur hakikatnya merintih utk sistem kesihatan yg lebih baik tapi harus diingat ia nyata mustahil tanpa pembangunan infrastructure dan perhubungan yg lebih baik...bukan mahu melibatkan politik, tapi kerajaan harus bersikap 'pandang-pandang dan jeling-jeling' pada masyarakat disini..bumi sabah secara dasarnya kaya, tapi bagaimana kerajaan mahu menjadikan kekayaan itu sebagai sebuah perkongsian secara bersama... 


ak akui penulisan ini, bakal menitip doa penjawat-penjawat awam bahkan ak sendiri yg bergolak dgn seribu 1 perasaan utk tidak dipost ke bahagian malaysia timur..tapi ak kira, secebis kisah tentang ketabahan para jururawat disini bakal meniup iltizam bersama meningkat kesihatan rakyat walaupun dibalik kemiskinan yg meronta utk dibebaskan.Ia cerite sebuah tanggungjawab tanpa kenal batas halangan dan demi tanggunjawap itu ia digalas dgn hati yg ringan...


wasalam..
mood: berkire2 utk HO dimane...borneo or peninsular??...confius.....arrrrrr.........><











Unknown
salam...
sepintas lalu, minggu2 awal posting baru ini dipenuhi dgn pelbagai sesi taklimat dr pelbagai department membabitkan kesihatan awam...memberi gmbrn kesungguhan ministry of health dlm mengekalkan kesihatan rakyat...dr unit kawalan vektor, kesihatan ibu dan anak, unit kawalan makanan, kesihatan gigi, water treatment plant, klinik2 kesihatan dan desa, hinggalah ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti kami jelajahi...sesuai dgn nama posting jugakan, Community Medicine Posting...Perubatan+masyarakat...(^_^)..

bercerita tentang pusat pemulihan dlm komuniti atau shortformnye PDK ni, satu bende yg menarik utk dikongsikan...

semalam berkesempatan Alhamdullillah ke PDK Kudat..
seawal tiba, kami disambut oleh kanak2 istimewa yg dgn mesra menghulur tangan, mujur itu bukan kali pertama berdepan anak2 seperti mereka, jika tidak pasti terserlah segala mcm kejanggalannya...

jujur ak katakan, ak bukanlah org yg suke mendekati kanak2..tetapi menginjak dewasa dan semakin lama dlm bidang perubatan ini, persepsiku kpd kanak2 yg sebelum ini ak anggap sgt menganggu berubah serta merta...Alhamdullilah...

di PDK ini, mereka menempatkan kanak2 istimewa seperti down syndrome, hyperactive, cerebral palsy, masalah pertuturan dan pelbagai lagi masalah kanak2...
sesungguhnya ak kagum dgn ketabahan ibu2 yg dianugerahkan dgn anak2 seperti mereka...kadang2 ak terfikir,
'mcmane mereka boleh redha dan menerima pemberian Allah itu'
pasti bukan senang utk mereka menerima pada awalnya, penantian 9 bulan kehamilan, dan secara tiba2 diberitakan dgn anak yg kurang sempurna dibanding dgn yg lainya, pasti itu sukar dan tidak hairan jika ada ibu2 yg menyisihkan mereka...
hakikatnya mereka bukan saja disishkan oleh keluarga bahkan juga kadang2, masyrakat..
aku juga bahkan pembaca diluar sana, sewaktu kecil enggan berkawan dgn anak2 seperti mereka...( to those who still have this bad perception, u better change)..perlahan2 aku ubah persepsi ini...

sebagai perempuan yg bakal bergelar ibu juga pada suatu hari nanti (insyaAllah), persepsi itu harus berubah...persoalan demi persoalan harus dijawap
sememangnya kita mengharapkan anak2 yg sempurna, normal seperti kanak2 yg lain...tapi bagaimana kalau Allah mentakdirkan yg sebaliknya bt kita??...bersedih hati??..mengatakan bahawa Allah tidak adil bt kita??....membuang anak2 yg tidak berdosa ini??...atau bagaimana...ak tidak tahu bagaimana anda (pembaca) berpendapat tentangnya..dibenakku hanya satu...mereka tidak pernah meminta utk dilahirkan begitu, mereka dilahirkan dgn kekurangan itu pasti dgn izin Allah, dan mereka bahkan kita semua adalah dicipta dgn keizinan drNya yg mana kita percaya sebagai muslim bahawa apa jua yg dicipta oleh Allah tidak pernah ada cacat cela...ya, mereka abnormal tapi itu pada pandangan mata kita, disisi Allah mereka bahkan lebih mulia dr kita...

terpanjat syukur pada Allah, semlm ,mungkin detik paling seronok kerana dpt bersama2 mereka, menyelami dunia yg mungkin tidak pernah ada erti dewasa bt mereka..bersama mendoakan kesejahteraan dan kesihatan bt mereka....

P/S: ak tak faham kenapa ramai yg nak buang anak kat luar sana sedangkan anak2 mereka tu smua normal, tapi ibu2 yg aku saksikan semlm, tidak putus asa demi kesihatan anak2 mereka meskipun anak2 mereka tu abnormal....ambik pengajaran dan ikhtibar insyaAllah dr itu...


Unknown
salam..
just for quick update....
the picture taken during our short visit to TB clinic in Kudat Hospital...
surprisingly i never knew that so many antique and classic things there....the typewriter, the air conditioner ( unable to take the picture since it obstructed:(....and also the electrical fius (how to spell it in english..haha..lose my words already)..what so ever..layan.......
wasalam


folding paper


electrical fuse.


the typewriter that long time no see already.....


intentionally black and write after all....



Unknown
salam...
tajuk diatas....erm.....kenape ekk??..(aghhh..typical Johorian...haha)..
just to share actually...this is about our visit to the Telibong WTP that was held on last Tuesday..
before the visit: definitely didnt care at all about this signboard...well it commonly seen every time we pass a river....
before the visit: definitely didnt care at all about how many amount of water that i waste
before the visit: definitely didnt understand the use of jabatan air other than distributing the water...
so what is the WTP, it stand for the Water Treatment Plant...but again dont misunderstand it, as it not function like the Indah water k...
it treat the water from the river by 1st pump it into the plant,put in the chlorine, hydrated lime( to increase the water PH, aluminium sulphate (for the sediment) , filter and last distribution it....(korang tahu semua ni??...ak pun baru tahu)..
could u imagine, what would be happen to our source of the water if the main water supply especially the river have been damaged or polluted...u would say that, yeah....i already know about it.....it boring or what so ever...through this visit, it kinda open my eyes that this water plant was operated base on the condition of the water itself..if the water from the river have been polluted with high sedimentation rate ( becoz of our attitude) the water plant will be close...and no more water could be treated, and home many houses wouldnt have the water supply...see...so let us again support this slogan...'Cintailah Sungai Kita' let us not pollute it, as it actually what our source of life...

below are some of the picture that i managed to take
this water not yet filter....it in the phase where the aluminium sulphate was put inside the water, and help the sediment to going down..(seriously, it like a swimming pool isnt it?..haha)


floculation channel

the Tuaran River, where the water supply was taken, it usually cover for the people up to indah permai....while for the Kota Kinabalu, it usually covered by Moyog WTP


us full with curiosity..

and after all, the 3 hours journey from Kudat to Telibong have been given us a chance to have our lunch in 1 Borneo..(haha, like a jakun people step in 1B)

see.....having lunch at the Pizza Hut, HAPPY!!!!!!!!
:)

:)

:)

after all the visit, special thank goes to all the staff of the Telibong WTP...kalau ada jodoh kita jumpe lagi..insyaAllah...

pengusha blog tegar