Unknown
salam...
sepintas lalu, minggu2 awal posting baru ini dipenuhi dgn pelbagai sesi taklimat dr pelbagai department membabitkan kesihatan awam...memberi gmbrn kesungguhan ministry of health dlm mengekalkan kesihatan rakyat...dr unit kawalan vektor, kesihatan ibu dan anak, unit kawalan makanan, kesihatan gigi, water treatment plant, klinik2 kesihatan dan desa, hinggalah ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti kami jelajahi...sesuai dgn nama posting jugakan, Community Medicine Posting...Perubatan+masyarakat...(^_^)..

bercerita tentang pusat pemulihan dlm komuniti atau shortformnye PDK ni, satu bende yg menarik utk dikongsikan...

semalam berkesempatan Alhamdullillah ke PDK Kudat..
seawal tiba, kami disambut oleh kanak2 istimewa yg dgn mesra menghulur tangan, mujur itu bukan kali pertama berdepan anak2 seperti mereka, jika tidak pasti terserlah segala mcm kejanggalannya...

jujur ak katakan, ak bukanlah org yg suke mendekati kanak2..tetapi menginjak dewasa dan semakin lama dlm bidang perubatan ini, persepsiku kpd kanak2 yg sebelum ini ak anggap sgt menganggu berubah serta merta...Alhamdullilah...

di PDK ini, mereka menempatkan kanak2 istimewa seperti down syndrome, hyperactive, cerebral palsy, masalah pertuturan dan pelbagai lagi masalah kanak2...
sesungguhnya ak kagum dgn ketabahan ibu2 yg dianugerahkan dgn anak2 seperti mereka...kadang2 ak terfikir,
'mcmane mereka boleh redha dan menerima pemberian Allah itu'
pasti bukan senang utk mereka menerima pada awalnya, penantian 9 bulan kehamilan, dan secara tiba2 diberitakan dgn anak yg kurang sempurna dibanding dgn yg lainya, pasti itu sukar dan tidak hairan jika ada ibu2 yg menyisihkan mereka...
hakikatnya mereka bukan saja disishkan oleh keluarga bahkan juga kadang2, masyrakat..
aku juga bahkan pembaca diluar sana, sewaktu kecil enggan berkawan dgn anak2 seperti mereka...( to those who still have this bad perception, u better change)..perlahan2 aku ubah persepsi ini...

sebagai perempuan yg bakal bergelar ibu juga pada suatu hari nanti (insyaAllah), persepsi itu harus berubah...persoalan demi persoalan harus dijawap
sememangnya kita mengharapkan anak2 yg sempurna, normal seperti kanak2 yg lain...tapi bagaimana kalau Allah mentakdirkan yg sebaliknya bt kita??...bersedih hati??..mengatakan bahawa Allah tidak adil bt kita??....membuang anak2 yg tidak berdosa ini??...atau bagaimana...ak tidak tahu bagaimana anda (pembaca) berpendapat tentangnya..dibenakku hanya satu...mereka tidak pernah meminta utk dilahirkan begitu, mereka dilahirkan dgn kekurangan itu pasti dgn izin Allah, dan mereka bahkan kita semua adalah dicipta dgn keizinan drNya yg mana kita percaya sebagai muslim bahawa apa jua yg dicipta oleh Allah tidak pernah ada cacat cela...ya, mereka abnormal tapi itu pada pandangan mata kita, disisi Allah mereka bahkan lebih mulia dr kita...

terpanjat syukur pada Allah, semlm ,mungkin detik paling seronok kerana dpt bersama2 mereka, menyelami dunia yg mungkin tidak pernah ada erti dewasa bt mereka..bersama mendoakan kesejahteraan dan kesihatan bt mereka....

P/S: ak tak faham kenapa ramai yg nak buang anak kat luar sana sedangkan anak2 mereka tu smua normal, tapi ibu2 yg aku saksikan semlm, tidak putus asa demi kesihatan anak2 mereka meskipun anak2 mereka tu abnormal....ambik pengajaran dan ikhtibar insyaAllah dr itu...


0 Responses

pengusha blog tegar