Unknown
salam..


cerita punya cerita, dah sampai part 4 rupanya kembara si abit ni...kembara minggu-minggu akhir kami di kudat.Sedih la pulak tetiba. T.T...yela, kami bakal mengakhiri rotation ke4 kami dalam masa kurang dr 2 minggu dan dgn erti kata lain, kami akan pulang semula ke Kota Kinabalu menyambung pengkuliahan utk 2 lagi posting sebelum mengakhiri tahun 4 secara rasmi. 

alhamdulilah hari ni 25/12/11 disaat penganut agama kristian menyambut perayaan hari natal mereka, kami sekali lagi mengisi cuti hujung minggu dgn sebuah lagi kembara. ak hampir membatalkan niat utk turut serta, kerana pada awal pagi itu kami ke rumah foster family seorg dr kami..hanya lewat pukul 1.30 ptg, kami kembali ke RMEC. 


seriously, i tired and sleepy, tapi ak paksa juga mata utk terus bertahan. asalnya hanya berniat utk ke Simpang Mengayau/ Tip of Borneo tapi memandangkan sudah ber four wheel, kami mengharungi juga jalan tanah merah berkerikil yg membawa kami tiba ke sebuah lagi destinasi yg disebut2 oleh org tempatan sebagai Pantai Kelambu..


takjub melihat ciptaanNya. memandang berulang kali sebuah pulau di hadapan kami, dan bagaikan ada sebuah keajaiban bila pulau itu dan tanah besar dihubungkan dgn sebuah jalan dimana ombak dr kedua belah nya saling memukul.SubahanAllah...kebijaksaan ciptaanNya.
inilah picture2 yg dpt dikongsikan.





 kalau korang nak tahu, diseberang sana tu lah tip of borneo. maksudnya, korang akan lalu jalan nak ke simpang mengayau dulu baru lalu pantai kelambu ni...dekat je pun.

 seriously lawa sgt ombak dia..smooth and air dia greenish in color.sampah pun tak banyak jugak kat sini..

 another part of pantai kelambu.

 boat nelayan yg besar2 pun ada kat sini...best scene..

 inilah dia pulau yg ak cakap tu..see, kat tgh2 tu, ada laluan and ada ombak yg memukul dr kiri dan kanan..amaran, better u not go across the way during tide, kalau tak korang tido la situ smp surut air laut..

 along bergambar sesampai tiba...tak menyempat btl..haha

 ombak yg agak kuat. sebab kita org pegi ni musim tengkujuh..angin agak kuat jugak..

 pasir yg smooth...syiok kate org sabah utk main...

 boat nelayan...

 sempat main pasir tulis2 nama..bila ombak dtg terus lari..senget betul....


 along pun main jugak..candid pic.

 inilah picture yg paling bt ak teruja..disebabkan ombak yg memukul dari kedua2 belah sisi, so air tu bg reflected image utk pulau tu...lawa sgt..

penghidupan

utk image lanjut boleh la ke facebook ak dgn nama faradila akbal.
pada mereka yg berminat nak berkunjung, boleh la ke Kudat, lewat simpang mengayau boleh terus ke pantai kelambu..
insyaAllah, pemandangan yg disajikan cukup mempesonakan.
insyaAllah juga utk kembali berkunjung ke sana..ak bakal rindu dgn kenangan ni.

P/S: special thank tu En.Kelvin atas tajaan kenderaan. ye, sy budak nakal sebab org lain tak basah kain baju main air laut, ak dah smp kelutut basahnya..haha
0 Responses

pengusha blog tegar